Dalam sesi ini, saya akan kongsikan cara membina laman web yang benar-benar berkesan — bermula daripada struktur kandungan yang ringkas hingga kepada perjalanan pengguna (user journey) yang mendorong tindakan. Saya juga akan tekankan kepentingan fungsi laman web: ia mesti pantas, responsif dan mesra pengguna.
Saya akan membentangkan dalam Bahasa Malaysia, dengan sedikit campuran istilah dalam Bahasa Inggeris bagi memudahkan pemahaman. Sesi ini bersifat praktikal, mudah diikuti, dan relevan untuk semua. Peserta akan pulang dengan satu rangka kerja jelas untuk membina laman web yang bukan sahaja kelihatan menarik, tetapi juga berfungsi dengan berkesan.